ESP

Set Jerawat Paling Laris Di Malaysia Yang Berkesan Dan Semulajadi

  • April 20, 2017
  • By ckdayah.blogspot.my
  • 0 Comments

Jerawat timbul lagi! Susahnya jerawat ni nak hilang! Dah pelbagai produk cuba untuk hilangkan jerawat? Tapi masih juga tak hilang!

Nak rawat jerawat dengan cepat? 

Ramai wanita dan perempuan di luar mengalami masalah jerawat yang kronik dan ada juga yang tidak kronik. Tapi tetap masalah jerawat yang mengganggu golongan ini.

Dayah akan cerita pada anda set jerawat paling laris di Malaysia yang berkesan dan mendapat permintaan yang sangat tinggi.


Sebelum tu, dayah akan kongsikan beberapa punca utama jerawat yang tidak hilang dan juga ada situasi yang hilang sekejap apabila menggunakan produk skincare, tetapi kesan tidak kekal lama menyebabkan jerawat timbul lagi.

Kan? Dah banyak habiskan masa, tenaga dan juga duit untuk atasi masalah jerawat ni, tetapi tidak mendatangkan hasil yang memuaskan hati dan tidak berkesan. Jerawat tetap ada lagi!

Mesti anda stress!! Dayah faham, sebab tu dayah akan bantu anda.

Punca-Punca Masalah Jerawat

  1. Hormon Tidak Stabil
    Yang menjadi punca utama yang ramai golongan wanita diluar sana tidak tahu adalah hormon yang tidak stabil. Penting ke hormon stabil? Semestinya penting, sebab bila hormon tidak stabil menyebabkan macam-macam masalah dan antaranya jerawat yang tidak hilang-hilang. Jerawat kecut, naik lagi, sebab hormon tak stabil.

    Jadi, penting disini apabila ada masalah jerawat ini, atasi masalah hormon terlebih dahulu.
  2. Keturunan atau genetik keluarga

    Kenapa keturunan? Ya lah, ada orang hadapi masalah jerawat disebabkan keturunan dan faktor genetik keluarga. Susah ke nak pulih? In Shaa Allah, boleh merawatnya secara perlahan-lahan.

    Masalah jerawat disebabkan faktor keluarga boleh diselesaikan. Jangan risau ye.
  3. Pemakanan

    Pemakanan sangat penting untuk dijaga. Jangan sebarangan makan makanan yang tidak berkhasiat kerana bukan sahaja boleh menambahkan lagi masalah jerawat malahan masalah kesihatan badan pon tak sihat.

    Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan jerawat makin naik banyak. Contohnya, kekacang, makanan bergoreng dan berminyak yang mana boleh timbulkan jerawat dengan senang-senangnya di wajah anda. Mesti takot kan? Jadi, kontrolnya dari sekarang untuk dapatkan kulit wajah yang bebas jerawat.
  4. Stress atau Tekanan
     
    Sesetengah golongan wanita yang bekerja atau yang belajar ni, selalunya mengalami stress dan tekanan. Stress dan tekanan ni juga menjadi punca jerawat naik tak hilang-hilang.

    Jadi, anda perlu kurangkan stress dan tekanan yang dihadapi. Cuba berfikiran positif dan cari penyelesaian untuk atasi masalah yang dihadapi. Jangan terlalu memikirkan masalah sehingga anda stress. Cuba kontrol untuk tidak stress.
     
  5. Produk Yang Tidak Sesuai

    Salah pilih produk atau produk yang tidak sesuai dengan wajah anda. Ini juga boleh menyebabkan jerawat anda tidak hilang. Anda perlu kenali dulu jenis kulit wajah anda macam mana dan cari yang bersesuaian dengan anda.
Seperti yang dijanjikan, dayah akan ceritakan Set Jerawat Paling Laris Di Malaysia Yang Berkesan dan Semulajadi. Dijamin 100% selamat sebabnya ianya bertaraf antarabangsa, tidak ada campuran pengawet, bebas kimia dan berkesan. Ianya merawat dari dalam. 

Kesan seawal 2 minggu dah menunjukkan perubahan. Ada yang tanya lamanya. Baiklah. meh dayah terangkan. Ianya merawat dari dalam, tambahan pula produk ini semulajadi dan ianya mengambil masa untuk merawat dan pulihkan dari dalam. Tetapi kesannya yang membuatkan anda pasti jatuh cinta dan tak kan cari lain dah.

Set Jerawat Paling Laris Di Malaysia Yang Berkesan Dan Semulajadi



1. GLA Complex

GLA Complex ialah minyak Borage semulajadi yang terkenal dalam mengatasi punca utama jerawat iaitu kulit berminyak. GLA Complexmembantu untuk menstabilkan hormon yang menjadi punca utama kepada masalah jerawat.

Selain itu, menghalang jerawat baru dan mengawal penghasilan minyak. Tambahan pula, GLA Complex ni mengandungi sedikit vitamin E untuk memulihkan sel kulit rosak disebabkan luka jerawat.


2. Vitamin C

Vitamin C membantu kuatkan sistem imun kulit untuk melawan bakteria. Vitamin C juga bantu kecutkan jerawat dan sembuhkan jerawat yang luka dengan cepat.

Disamping itu, vitamin C melindungi kulit rosak dari sinaran UV dan menegangkan kulit wajah anda.



3. ESP 

ESP membantu dalam memudarkan parut jerawat dan juga mencerahkan kulit. Ia juga bantu untuk sekatakan tona kulit anda. Tambahan lain, membuatkan anda lebih bertenaga dan memberikan protin yang cukup pada anda.

Selain itu, ESP menghasilkan kulit baru yang sihat, segar dan cerah. Ia juga mengandungi isoflaven yang baik untuk hormon kulit.
ESP (Soy Protein Isolate Powder)



4. Garlic Complex

Garlic Complex ini anti fungus dan anti bakteria. Jerawat selalunya disebabkan bakteria. Jadi dengan pengambilan garlic ini sebagai antibiotik untuk jerawat tidak naik lagi. Susah untuk jerawat muncul lagi pada wajah anda.

Apa Kata Pengguna?

Set Jerawat Paling Laris

Set Jerawat Paling Laris

Set Jerawat Paling Laris

Hubungi:

Untuk dapatkan full konsultansi, anda boleh hubungi dayah di 0179793589. Anda juga boleh whatsapp atau telegram ye.

http://setjerawatpalinglaris.wasap.my/ 

Sekian.
Norhidayah Long 
1216854

You Might Also Like

0 comments