Sunday, May 14, 2017

3 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee


Saya Norhidayah, saya graduate dari UiTM Shah Alam dalam bidang Retail Management. Saya memang minat bisnes dari kecil lagi. Dah pernah kerja di pejabat bahagian akaun dan pemasaran. Tapi tak kena la dengan jiwa ni.

Sebenarnya lagi selesa dan best bila dapat berjumpa dengan pelanggan hari-hari. Saya pernah kerja dalam industri retail. Memang best, hari-hari kita buat benda berbeza dan banyak pelanggan jumpa. Sebab setiap hari ada berbeza-beza pelanggan dan bermacam-macam ragam pelanggan. Kerja dalam retail industri memang best bagi saya, tapi penat sikit la dan cuti tak boleh hari minggu.

Sebab itu lah, saya nekad untuk cari satu bisnes yang saya boleh buat sambil bekerja atau saya boleh bekerja dari rumah. Cari punya cari, terjumpa la Shaklee. Saya ambil keputusan untuk balik kampung untuk jaga mak ayah dan masa tu saya bekerja di sebuah butik. Masa tu la, saya kenal Shaklee.

Dalam waktu saya masih bekerja dibutik, saya diperkenalkan Shaklee. Diceritakan tentang latar belakang syarikat dan macam mana Shaklee bagi peluang untuk kita berbisnes.

Lepas tu, dek kerana terlalu teruja untuk ada bisnes sendiri dan modal pon rendah je. Saya ON je la. Sebab upline saya ajar fokus ONLINE BISNES SHAKLEE.

Tambahan lagi, saya tak perlu nak duk jauh dengan keluarga dan mak ayah saya. Sambil bisnes Shaklee pon mereka di depan mata saya. Alhamdulillah dan bersyukur dipertemukan dengan bisnes Shaklee ni. Sangat flexible.

Tau tak korang, betapa nikmatnya dapat melihat anak-anak depan mata dan bersama-sama keluarga.

3 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee

Saya akan kongsikan dengan anda semua kenapa saya pilih bisnes Shaklee. Antara sebabnya adalah:-



  1. Produk Terbaik Di Dunia

    Produk Shaklee sangat bagus, berkesan dan juga selamat digunakan. Ia telah dilakukan ujian klinikal dahulu sebelum di keluaran. Produk Shaklee ni tidak memudaratkan pengguna.

    Tambahan, syarikat ni sanggup habiskan sampai RM1 billion untuk kos penyelidikan, ujian dan kemajuan produk.

    Dan produk ni juga mesra alam. Ramai kastemer yang guna produk Shaklee, pasti akan repeat order sebab keberkesanan produk yang dah membantu tingkatkan tahap kesihatan mereka.

    Berbeza dengan produk lain, hanya fikirkan untuk kaut keuntungan tanpa memikir kesan buruk kepada pengguna dan menggunakan model-model yang sememangnya dah cantik untuk tarik pelanggan.

    Produk Shaklee ni memang terbukti bagusnya. Kalau tak percaya, cuba anda taip di carian google apa-apa masalah kesihatan, pasti akan keluar majoriti produk cadangannya adalah Shaklee.
  2. Mempunyai Sistem Online Yang Lengkap Dan Mudah



    Bisnes Shaklee ni ada sistem online yang lengkap dan mudah. Ianya sangat membantu untuk mereka yang nak berbisnes. Ada website sendiri iaitu Shaklee2u.

    Ini lah yang menjadikan salah satu sebab kenapa saya pilih bisnes Shaklee kerana ianya ada sistem online yang mudah ni. Sangat flexible dan memudahkan kerja kita untuk membuat sebarang tempahan produk. Kita travel pon masih boleh jalan bisnes kita sebab ada sistem online ni.

    Bermacam-macam aktiviti yang disediakan dalam sistem online ni. Antaranya :-

    - Untuk daftar keahlian
    - Tempahan produk Shaklee
    - Penghantaran produk akan diupdate dalam sistem online
    - Promosi bulanan
    - Harga produk
    - Info-info produk
    - Belajar ilmu produk
    - Jadual kelas nutrisi yang dianjurkan oleh Shaklee
    - Jumlah jualan dan jumlah pendapatan juga diupdate dalam sistem online ini

    dan banyak lagi yang disediakan dalam sistem online Shaklee ni. Semuanya dihujung jari. Anda berada luar Malaysia pon boleh klik klik untuk tempahan secara online. Janji ada smartphone dan internet.
  3. "Unlimited Profit"

    Siapa yang berbisnes nak rugi kan? Semua nak untung. Kan? Jadi, untuk modal bisnes Shaklee ni tak perlu beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit. Tapi hanya RM79.50 sahaja. Tak sampai RM100 pon.

    Anda perlu bersungguh-sungguh dalam bisnes Shaklee ni untuk anda mencapai income yang anda ingin kan. Boleh plan nak berapa pendapatan dengan usaha anda sendiri.

    Modanya sangat rendah, jadi tak menjadi 1 alasan atau halagan untuk anda kata tak mampu nak bisnes ni. Sebab modalnya rendah je dan risiko pon sangat sangat rendah.

    Tak kisah anda belajar tak tinggi ke, anda suri rumah ke, anda pelajar universiti ke, tak ada kerja ke, bekerja ke... semua BOLEH bisnes Shaklee.

    Hanya NAK dan TAK NAK je. Tepuk dada tanya hati.
Lagilah sekarang dengan masalah ekonomi yang membuatkan kita makin stress dengan kos perbelanjaan makin meningkat.

Seperti yang saya cadangkan tadi, 

Modal rendah, repeat order tinggi, tak perlu sewa kedai, berpeluang besarkan bisnes Shaklee tanpa ada halangan.

Sekian, ini lah antara sebab dayah pilih bisnes Shaklee sebagai bisnes dayah. Jom join team dayah banyak kelebihan nya. Ada coaching online, personal coaching, facebook coaching, dan ada kelas.

Bisnes Shaklee - Group Coaching

Bisnes Shaklee - Attend kelas 


Pertanyaan:-

Pada yang berminat untuk bisnes Shaklee dari rumah, anda boleh join team dayah. Dayah akan ajar dari zero to hero. 

Boleh hubungi atau whatsapp dayah ke 0179793589 untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi bisnes Shaklee. 

Friday, May 12, 2017

4 Tips Pilih Bisnes Part Time Yang Mudah Dan Senang

"Adoi!, mana nak cari duit ni, gaji ni pom tak cukup nak cover perbelanjaan bulanan ni. Aku kena cari part time kerja ataupun part time bisnes ni", luah hati Aliah.


Fenomena sekarang, barang semua naik, bil pon melambung juga nak kena bayar. Masalah ekonomi lagi. Peluang pekerjaan pon makin berkurang. Gaji pula susah nak naik. Pening betol kan.

Perbelanjaan harian makin hari makin meningkat. Banyak nak pakai duit, makan minum, petrol, sekolah anak-anak, perbelanjaan rumah, perbelanjaan anak-anak, bayar pengasuh. Banyaknya nak kena bayar. Ini la antara rungutan dari orang yang bekerja sekarang. 

Sekarang ni, nak hidup kena buat kerja lebih dari 1. Sebab tu dayah akan kongsikan tips untuk anda yang ada masalah ini, yang tercari-cari bisnes part time yang sesuai dengan anda. Ok ye.

Dayah akan kongsikan 4 tips pilih bisnes part time yang mudah dan senang. Kenapa dayah cakap mudah dan senang? Sebab tips ni untuk anda yang bekerja dan takkan ganggu waktu kerja hakiki anda.

4 Tips Pilih Bisnes Part Time Yang Mudah Dan Senang

  1. Modal Rendah

    Tips yang pertama adalah cari bisnes part time yang hanya modal rendah. Biasa bisnes modal rendah ni bukan scam dan risiko pon rendah. Jangan cari bisnes yang perlukan modal besar ribu-ribu ringgit untuk anda invest. Takot nanti rugi, siapa susah? Keluarga juga kan. Cari bisnes yang modal rendah tapi untung lumayan.

  2. Tak Perlu Simpan Stok

    Seterusnya, anda cari bisnes part time yang anda tak perlu pegang stok atau anda perlu dahulukan modal beratus untuk buat stok. Ini untuk mengelak dari stok anda tak habis jual. Elakkan dari part time bisnes yang memaksa anda untuk simpan stok.
  3. Sistem Yang Tersedia Ada

    Tips yang seterusnya, carilah bisnes part time yang menyediakan sistem dimana semua boleh dibuat secara online. Contohnya, syarikat tu ada sistem online tersendiri, dimana kita yang nak buat part time bisnes ni hanya perlu, login website nya dan submit order. Dengan adanya sistem ni lagi memudahkan pada sesiapa yang ingin buat bisnes part time. Disamping, bantu kita untuk jimat tenaga dan masa. Lagi best syarikat sediakan sistem pengeposan.
  4. Produk Bagus Dan Berkesan

    Tips yang terakhir adalah pilih produk yang bagus dan berkesan. Jangan ambil mudah untuk pilih bisnes part time yang menyenangkan anda jual produk yang tak bagus atau yang boleh memudaratkan pengguna. Bahaya tau. Sebab tu, anda perlu pilih produk yang bagus dan berkesan kerana, pengguna akan repeat order. Jadi siapa untung? Kita la kan, sebab jualan makin meningkat. Cari produk yang bagus dan juga selamat digunakan semua golongan dan menyenangkan semua orang. Biar pengguna akan selalu beli dengan kita.
Bagaimana Nak Pilih Bisnes Part Time Yang Betul?

Macam mana nak pilih bisnes part time yang betul? Tu pasal la dayah kongsi dengan anda semua tips-tips penting ni. Supaya dapat membantu anda untuk pilih bisnes part time yang sesuai dengan korang dan boleh menjana pendapatan lebih dan paling penting, bisnes tu tak mengganggu kerja hakiki anda. Disamping, anda ada masa untuk bisnes part time tu. 

Tambahan lagi, anda perlu analisis dulu bisnes apa yang anda nak buat. Periksa tentang latar belakang syarikat dulu, risiko macam mana bila join, kena tau. Jangan main redah je tau. 

Nak Join Bisnes Part Time Mudah & Senang?

Kalau korang nak dayah konsult bisnes part time dayah buat sekarang pon boleh. Modal tak sampai pon RM80. Tak perlu simpan stok! Tak perlu bayar beribu2! Ada coaching dan akan diajar dari zero. Klik klik je untuk order. Senang kan. 

Boleh whatsapp "Bisnes Part Time" ke 0179793589.

Sekian
Norhidayah Long
1216854


Thursday, May 4, 2017

Bisnes Dari Rumah Tanpa Modal Besar - Step By Step

Banyak orang tertanya, tercari nak buat bisnes dari rumah tanpa modal besar. Macam mana ye? Pasti anda tertanya-tanya kan. Betul ke tak perlu modal besar?

Alhamdulillah, dayah sendiri dah jumpa bisnes dari rumah tanpa modal besar. Ok, dayah akan kongsikan dengan anda semua macam mana cara nya. 



Mengikut pengalaman dayah sebelum ni, bermacam-macam bisnes dayah telah cuba seperti jual tudung, shawls, stokin , handsocks , agen skincare dan reload prepaid. Semua ni nak dahulukan modal dalam RM300 - keatas juga. 

Tudung dan shawls tak boleh ambil sikit-sikit, kena ikot berapa minimum kuantiti yang ditetapkan. Dan akhir sekali tak habis pon stok tu, sebab akan ada pelanggan yang tak berkenan warna dan paten la.

Jadi, dari pengalaman dayah ini lah yang membuatkan dayah usaha mencari bisnes dari rumah yang sangat mudah dan sangat flexible. Akhirnya dayah jumpa juga, iaitu bisnes Shaklee.

Bagaimana Cara Nak Bisnes Dari Rumah Tanpa Modal Besar?

Seperti dayah sebutkan tadi. Dayah jumpa bisnes Shaklee yang boleh jadikan satu bisnes dari rumah tanpa modal besar. 

Kenapa dayah boleh cakap macam tu? Sebab hanya daftar sebagai ahli Shaklee yang tak sampai pon RM80 , dayah dah boleh buat bisnes dari rumah. 

Kenapa Shaklee Sebagai Bisnes Dari Rumah ?

Sebab selepas daftar sebagai ahli, dengan hanya berkongsi kebaikan vitamin Shaklee yang kita makan dan kebaikan-kebaikan dengan semua orang kita dah berbisnes dari rumah. Semua ni hanya gerak dari rumah. 

Kemudahan berbisnes Shaklee ni sangat mudah. Hanya perlukan internet dan smart phone untuk online bisnes. Kalau nak offline, boleh bercakap-cakap dengan kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara mara tentang kebaikan produk Shaklee ini. 

Lagi best, Shaklee dah ada sistem sendiri. Kalau dapat order, hanya perlu login di website, klik klik, lepas tu order dan terus sampai pada pelanggan kita. 

Tambahan lagi, tak perlu nak pegang stok banyak-banyak , sampai tak habis. Pelanggan pula akan repeat order kerana dapat kesan yang baik dalam kesihatan mereka. Siapa tak nak jual produk yang akan selalu di repeat order kan.

Sukanya dayah dapat bisnes dari rumah. Sebab nak masa sendiri dan keluarga. Nak bantu keluarga, sebab kalau dayah bekerja, susah nak dapat cuti kalau-kalau ada kecemasan. 

Di samping itu, dalam bisnes Shaklee ni , dayah dapat hadir kelas-kelas nutrisi yang dianjurkan oleh Shaklee di kawasan berdekatan negeri anda. 

Bukan setakat kita dapat untung runcit, malahan Shaklee akan beri cash bonus pada yang capai target. 

Sangat, sangat, sangat best bisnes ni. Boleh berbisnes dari rumah.

Macam Mana Nak Join Bisnes Ini

Anda boleh hubungi, telegram atau whatsapp Dayah ke 0179793589. Send "Join Bisnes" ke 0179793589. Dayah akan balas secepat yang mungkin. 

Kenapa Anda Perlu Join Dengan Team Dayah ?

Dayah akan ajar anda sampai berjaya. Dan kami ada group coaching facebook, whatsapp, telegram dan sediakan banyak kelas untuk anda berjaya dalam bisnes ni. 

Bisnes dari rumah , bisnes yang dicari-cari selama ni. 
 
Sebahagian dari team kami - Ultimate Family

Hubungi:

Facebook: Norhidayah Long
IG: Norhidayahlong
Whatsapp/Telegram: 0179793589

Sekian.
Norhidayah Long
1216854


Friday, April 21, 2017

Collagen Powder Shaklee Cepat Serap Dan Selamat - Keistimewaannya

Pernah dengar pasal collagen tak? Mesti orang perempuan atau wanita memang tau pasal collagen ni. Sebabnya favourite semua wanita diluar sana collagen ini. Kenapa? Sebab nak awet muda dan kulit tegang.

Tapi banyak yang tak tahu collagen dipasaran sekarang dah dicampur macam-macam dan kadar penyerapan dia pon lambat. Jadi, disini dayah akan ceritakan Collagen Powder Shaklee Cepat Serap dan Selamat. Selain itu, dayah juga akan ceritakan tentang keistimewaan Collagen Powder Shaklee ini.

Collagen Powder Shaklee Paling Laris


Kolagen berfungi untuk memberi dan menyokong bentuk tubuh badan kita, ianya juga bantu untuk menyambung tisu-tisu yang membentuk organ dan tubuh kita,

Kesan Kekurangan Kolagen Dalam Badan

Semakin kita meningkat usia, semakin berkurang penghasilan kolagen. Selalunya, penghasilan kolagen akan mula merosot apabila kita berusia 25 tahum. Dan masa ini lah , banyak kesan kekurangan kolagen akan muncul seperti:-

  • Mengakibatkan kedutan dan garis halus pada muka.
  • Payudara dan punggung hilang keanjalan (Kulit makin kendur)
  • Liang roma menjadi besar, ada pigmentasi dan jerawat.
  • Tompok-tompok dan bintik-bintik hitam mula menampak.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang.
  • Penglihatan semakin kabur, mata sembab, lebam bawah mata, eyebag.
  • Kulit kering.
  • Otot mengendur dan hilang keanjalan.
  • Wajah lebih tua dari usia sebenar.
  • Sakit sendi dan penuaan.
  • Organ dalaman kurang berfungsi.
  • Kehilangan kalsium dan berisiko untuk osteoporosis
  • Kuku mudah pecah dan kurang bersinar.
  • Berisiko diserang sakit gigi dan gusi.
Collagen Powder Shaklee Dan Keistimewaan dan Khasiatnya

Collagen Powder Shaklee ini adalah supplemen kolagen yang unggul, ia mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi ynag diekstrak dari sisik ikan merah. 

Collagen Powder Shaklee ni sangat rendah dalam berat molekul, sekitar 1000 dalton. Dimana ianya sangat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Perbezaan molekul yang mudah diserap dengan yang sukar diserap.


Kandungan Collagen Shaklee Powder terdiri daripada 7 ramuan utama iaitu:-

1. Kolagen Dari Sisik Ikan Merah

Sisik ikan merah dengan sumber kolagen yang premium dengan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan dan kurangnya pencemaran.

2. Ekstrak Biji Camellia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia 

Ekstrak Pfaffia (ginseng Brazil) membantu penghasilan kolagen dan asid hyaluronic apabila bergabung dengan camellia japonica. Ia juga memainkan peranan dalam menghidratkan tisu tubuh untuk jadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin From Kolagen Ikan

Elastin memelihara kulit menjadi lebih fleksibel tetapi tegang. Ia memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Ia juga berfungsi untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5. Vitamin C dan Vitamin B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Manakala Vitamin B bantu untuk bebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen didalam sel.

6. Ekstrak Kekerang

Glucosamine esktrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus Acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.



Faedah Collagen Powder Shaklee

  1. Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  2. Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka.
  3. Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  4. Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
  5. Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
  6. Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  7. Menegang - Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara.

Istimewaannya Collagen Powder Shaklee ini adalah:-

Supplemen kolagen terbaik dan bermutu tinggi, kolagen tulen dan mengandungi 4000 mg kolagen RSS (Sisik Ikan Merah). 

Kolagen ini juga sangat rendah dalam berat molekular sekitar 1000 dalton dimana ianya amat mudah untuk diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Terbukti berkesan dengan Collagen Powder Shaklee ini, dalam membaiki tekstur kulit wajah dan mengurangkan kedutan selepas menggunakan kolagen ini selama 8 minggu. Ia nya berdasarkan ujian klinikal. 



Apa Kata Pengguna Collagen Powder Shaklee?






Hubungi:

Sebarang pertanyaan atau tempahan , anda boleh hubungi Dayah di 0179793589.

Sekian.
Norhidayah Long
1216854



Thursday, April 20, 2017

Set Jerawat Paling Laris Di Malaysia Yang Berkesan Dan Semulajadi

Jerawat timbul lagi! Susahnya jerawat ni nak hilang! Dah pelbagai produk cuba untuk hilangkan jerawat? Tapi masih juga tak hilang!

Nak rawat jerawat dengan cepat? 

Ramai wanita dan perempuan di luar mengalami masalah jerawat yang kronik dan ada juga yang tidak kronik. Tapi tetap masalah jerawat yang mengganggu golongan ini.

Dayah akan cerita pada anda set jerawat paling laris di Malaysia yang berkesan dan mendapat permintaan yang sangat tinggi.


Sebelum tu, dayah akan kongsikan beberapa punca utama jerawat yang tidak hilang dan juga ada situasi yang hilang sekejap apabila menggunakan produk skincare, tetapi kesan tidak kekal lama menyebabkan jerawat timbul lagi.

Kan? Dah banyak habiskan masa, tenaga dan juga duit untuk atasi masalah jerawat ni, tetapi tidak mendatangkan hasil yang memuaskan hati dan tidak berkesan. Jerawat tetap ada lagi!

Mesti anda stress!! Dayah faham, sebab tu dayah akan bantu anda.

Punca-Punca Masalah Jerawat

  1. Hormon Tidak Stabil
    Yang menjadi punca utama yang ramai golongan wanita diluar sana tidak tahu adalah hormon yang tidak stabil. Penting ke hormon stabil? Semestinya penting, sebab bila hormon tidak stabil menyebabkan macam-macam masalah dan antaranya jerawat yang tidak hilang-hilang. Jerawat kecut, naik lagi, sebab hormon tak stabil.

    Jadi, penting disini apabila ada masalah jerawat ini, atasi masalah hormon terlebih dahulu.
  2. Keturunan atau genetik keluarga

    Kenapa keturunan? Ya lah, ada orang hadapi masalah jerawat disebabkan keturunan dan faktor genetik keluarga. Susah ke nak pulih? In Shaa Allah, boleh merawatnya secara perlahan-lahan.

    Masalah jerawat disebabkan faktor keluarga boleh diselesaikan. Jangan risau ye.
  3. Pemakanan

    Pemakanan sangat penting untuk dijaga. Jangan sebarangan makan makanan yang tidak berkhasiat kerana bukan sahaja boleh menambahkan lagi masalah jerawat malahan masalah kesihatan badan pon tak sihat.

    Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan jerawat makin naik banyak. Contohnya, kekacang, makanan bergoreng dan berminyak yang mana boleh timbulkan jerawat dengan senang-senangnya di wajah anda. Mesti takot kan? Jadi, kontrolnya dari sekarang untuk dapatkan kulit wajah yang bebas jerawat.
  4. Stress atau Tekanan
     
    Sesetengah golongan wanita yang bekerja atau yang belajar ni, selalunya mengalami stress dan tekanan. Stress dan tekanan ni juga menjadi punca jerawat naik tak hilang-hilang.

    Jadi, anda perlu kurangkan stress dan tekanan yang dihadapi. Cuba berfikiran positif dan cari penyelesaian untuk atasi masalah yang dihadapi. Jangan terlalu memikirkan masalah sehingga anda stress. Cuba kontrol untuk tidak stress.
     
  5. Produk Yang Tidak Sesuai

    Salah pilih produk atau produk yang tidak sesuai dengan wajah anda. Ini juga boleh menyebabkan jerawat anda tidak hilang. Anda perlu kenali dulu jenis kulit wajah anda macam mana dan cari yang bersesuaian dengan anda.
Seperti yang dijanjikan, dayah akan ceritakan Set Jerawat Paling Laris Di Malaysia Yang Berkesan dan Semulajadi. Dijamin 100% selamat sebabnya ianya bertaraf antarabangsa, tidak ada campuran pengawet, bebas kimia dan berkesan. Ianya merawat dari dalam. 

Kesan seawal 2 minggu dah menunjukkan perubahan. Ada yang tanya lamanya. Baiklah. meh dayah terangkan. Ianya merawat dari dalam, tambahan pula produk ini semulajadi dan ianya mengambil masa untuk merawat dan pulihkan dari dalam. Tetapi kesannya yang membuatkan anda pasti jatuh cinta dan tak kan cari lain dah.

Set Jerawat Paling Laris Di Malaysia Yang Berkesan Dan Semulajadi



1. GLA Complex

GLA Complex ialah minyak Borage semulajadi yang terkenal dalam mengatasi punca utama jerawat iaitu kulit berminyak. GLA Complexmembantu untuk menstabilkan hormon yang menjadi punca utama kepada masalah jerawat.

Selain itu, menghalang jerawat baru dan mengawal penghasilan minyak. Tambahan pula, GLA Complex ni mengandungi sedikit vitamin E untuk memulihkan sel kulit rosak disebabkan luka jerawat.


2. Vitamin C

Vitamin C membantu kuatkan sistem imun kulit untuk melawan bakteria. Vitamin C juga bantu kecutkan jerawat dan sembuhkan jerawat yang luka dengan cepat.

Disamping itu, vitamin C melindungi kulit rosak dari sinaran UV dan menegangkan kulit wajah anda.



3. ESP 

ESP membantu dalam memudarkan parut jerawat dan juga mencerahkan kulit. Ia juga bantu untuk sekatakan tona kulit anda. Tambahan lain, membuatkan anda lebih bertenaga dan memberikan protin yang cukup pada anda.

Selain itu, ESP menghasilkan kulit baru yang sihat, segar dan cerah. Ia juga mengandungi isoflaven yang baik untuk hormon kulit.
ESP (Soy Protein Isolate Powder)



4. Garlic Complex

Garlic Complex ini anti fungus dan anti bakteria. Jerawat selalunya disebabkan bakteria. Jadi dengan pengambilan garlic ini sebagai antibiotik untuk jerawat tidak naik lagi. Susah untuk jerawat muncul lagi pada wajah anda.

Apa Kata Pengguna?

Set Jerawat Paling Laris

Set Jerawat Paling Laris

Set Jerawat Paling Laris

Hubungi:

Untuk dapatkan full konsultansi, anda boleh hubungi dayah di 0179793589. Anda juga boleh whatsapp atau telegram ye.

http://setjerawatpalinglaris.wasap.my/ 

Sekian.
Norhidayah Long 
1216854

Monday, March 13, 2017

Vitamin Untuk Ibu Berpantang Yang Selamat Dan Lengkap

Pernah dengar perkataan meroyan? Biasa perkataan meroyan ni di dengar untuk masalah-masalag ibu-ibu dalam pantang. Dan perkataan meroyan ni paling ditakuti oleh ibu-ibu dalam pantang.

Mengikut bidan kampung. Rehat dan stress perkara wajib ibu-ibu elak untuk tidak meroyan. Dan lagi satu makanan yang kita pantang tu. Bukan pantang tengok je tau. Tapi perlu berpantang makan.

Dan nasi pun perlu fresh masak tak nak sejuk. Ikan segar , tak buruk. Dan ulam-ulam pun tak masak. Sebab nak kan nutrisi yang cukup.

Mengikut kajian pulak, Ya betul tu, vitamin memainkan peranan yang sangatttt penting untuk bantu cukupkan nutrisi, kurangkan stress dan bagi tenaga pada ibu-ibu berpantang.

Untuk ibu berpantang yang tak nak meroyan, stress giler ke apa. Dayah nak cadangkan set pantang lengkap dari shaklee. Vitamin ni sangat bagus dan diperlukan oleh ibu-ibu berpantang.

Vitamin Untuk Ibu Berpantang Yang Selamat Dan Lengkap

  1. Vitalea
    Vitalea multivitamin lengkap ada boron untuk tambah darah , sebab banyak darah keluar masa bersalin kan . Dan jugak ganti zat nutrisi yang lompong masa diet pantang.
  2. Vitamin C
    Vitamin c untuk tingkatkan penyerapan iron , kuatkan imunisasi , cepat sembuhkan luka dalaman. Kita dah banyak luka dalam rahim kan. Masa untuk sembuh balik ada lah masa tengah berpantang.
  3. B Complex
    Bcomplex lengkap anti stress ,meroyan , untuk tenaga sel.
  4. Ostematrix
    Ostematrix adalah pill kalsium untuk saraf atau urat kembang tu. Nak pulih saiz asal tak ? Badan sakit masa meneran , masa baring menyusu. Nak rasa relief tak. Kalau nak ambik ostematrix ni. Dan juga bantu ibu-ibu yang ada masalah sembelit ketika berpantang. Ostematrix ni melawaskan.
  5. Alfafa Complex
    Alfalfa alkalikan asid. Macam darah kotor nifas tu kan toksin kan. Nak bersihkan darah tu balik. Nak kecutkan rahim. Nak pulih peranakan, sel-sel peranakan bagi rapat balik.
  6. Omega Guard
    Omega kalau lepas pantang nak lemak baik kan. Nak bf anak lagi kan. Nak bakar kalori ,nak legankan sakit badan , nak slim kan. Pastu nak berak senang. Disamping. bantu untuk cegah batuk dan cairkan kahak ibu yang tengah berpantang.
  7. ESP
    Esp adalah protin untuk sembuhkan luka ,protin bagi tenaga , fiber untuk lawas terbaik. Ada tenaga tak penat , susah la nak stress nak meroyan kan.
Dayah sangat syorkan anda-anda yang tengah hamil, yang mencari-cari set pantang kan? Shaklee is the best. Banyak testimoni yang berkesan dengan set pantang lengkap shaklee ini. 

TESTIMONI



Jom pantang dengan set shaklee , hari pertama bersalin dah boleh start.

HUBUNGI:

Anda yang ingin dapatkan vitamin untuk Set Berpantang Lengkap ini, boleh hubungi dayah di 
0179793589.

Sekian.
Norhidayah Long
1216854

Sunday, February 19, 2017

Pencuci Jerawat Terbaik Yang Diekstrak Dari Bahan Semulajadi

Anda ada masalah dengan pencuci muka sekarang? Pencuci yang sekarang pakai makin naik jerawat? Kenapa? Ada bahan kimia ke? Dah penat tukar pencuci jerawat? Tetapi jerawat tetap tak hilang? 

Ok. Dayah ada penyelesaianya. Anda mungkin menggunakan pencuci jerawat yang ada campuran bahan kimia, jadi ia tak sesuai untuk anda yang ada masalah kulit muka berminyak atau berjerawat. 

Sebaik-baiknya anda cari pencuci jerawat terbaik yang diekstrak dari bahan semulajadi. Kenapa? 

Kerana tak nak bagi wajah anda ada kesan sampingan seperti jerawat makin bertambah atau berminyak di wajah anda tak hilang. 

Pencuci Jerawat Terbaik Ekstrak Bahan Semulajadi

Pencuci jerawat terbaik ni yang diekstrak dari bahan semulajadi ni sangat sesuai untuk anda yang ada masalah jerawat dan kulit muka berminyak. Kebiasaannya orang yang ada masalah jerawat akan pilih pencuci jerawat terbaik dan yang boleh atasi minyak yang berlebihan sekali.

Minyak yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat makin seronok naik di wajah. Hihi. 

Kesan Salah Pilih Pencuci Muka

Banyak keadaan di mana pencuci muka yang dipilih dan digunakan terlalu kuat dan banyak bahan kimia boleh menyebabkan muka anda menjadi terlalu kering.

Kulit muka pula jadi pedih dan merah.

Jerawat juga tak hilang dan jadi semakin sensitif. Stressnya!!

Apa Kata Saya?

Jadi, disini dayah nak kongsikan pencuci jerawat terbaik yang diekstrak dari bahan semulajadi yang mana boleh bantu anda selesaikan masalah jerawat anda hadapi.

Iaitu "GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER". Apa tu? 
GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER

Ianya pencuci jerawat terbaik la... Wah memang cuba sekali, pasti tak tukar dah pencuci muka lain. 

Fungsi Gentle Deep Foaming Cleanser

Fungsi Gentle Deep Foaming Cleanser untuk jerawat :-

+ Mencuci minyak tetapi masih memberi kelembapan yang kulit kita nak.

+ Mencuci sampai ke dalam liang pori.

+ Mencuci blackhead dan whitehead.

+ Kandungan Vitamin C merawat luka dan lebam jerawat.

+ Memulihkan kecederaan di dinding liang pori.

Untuk lebih berkesan dayah cadangkan anda mengambil GLA Complex yang berfungsi untuk mengawal hormon yang menyebabkan minyak dihasilkan secara berlebihan. [KLIK DISINI]

Apa Kata Pengguna?

Pencuci Jerawat Terbaik

Pencuci Jerawat Terbaik

Berminat?

Hubungi

Anda boleh hubungi atau whatsapp Dayah ke 0179793589. Untuk konsult yang betul anda perlu dapatkan dari Dayah. 

Sekian.
Norhidayah Long
1216854

3 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee

Saya Norhidayah, saya graduate dari UiTM Shah Alam dalam bidang Retail Management. Saya memang minat bisnes dari kecil lagi. Dah pernah k...